Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum saudari
Sebagai pembuka ruangan ini, saya ingin memperkenalkan jabatan dimana saya bertugas iaitu Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. PRN adalah suatu agensi yang diiktiraf oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health Organization) sebagai pusat kerjasama d
alam maklumat ubat-ubatan (www.prn.usm.my). PRN menawarkan 5 unit perkhidmatan kepada masyarakat iaitu unit maklumat ubat dan racun, unit pendidikan dan pencegahan, unit makmal toksikologi, unit penyelidikan dan dokumentasi dan unit ICT dan Multipedia.
Unit maklumat ubat dan racun (UMUR) beroperasi 24 jam sehari. Ia memberi khidmat malumat dan nasihat dalam menangani kes keracunan yang berlaku samada kepada pihak hospital mahupun kepada orang ramai. Sekiranya ahli keluarga saudari mengalami keracunan seperti termakan racun, ubat, bahan kimia, produk pengguna berbahaya dan lain-lain dan tinggal berjauhan dari hospital, pihak saudari harus menghubungi unit ini bagi mendapat khidmat nasihat tentang tindakan segera yang boleh dilakukan. Untuk makluman saudari unit ini dilengkapi dengan databes yang lengkap. canggih, terkini dan diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pihak saudari boleh mendapatkan maklumat tentang kesihatan atau tentang sesuatu bahan kimia, drug, produk, tumbuhan merbahaya dan lain lain bagi memastikan keselamatan ahli keluatga saudari.
Unit Makmal Toksikologi (UMT) pula memberi khidmat menganalisa sampel dari hospital untuk mengenalpasti racun yang termakan atau terdedah kepada pesakit. UMT juga menganalisa sampel dari agensi kerajaan yang lain, NGO dan agensi bukan kerajaan seperti syarikat pengeluar yang memerlukan sijil analisa produk mereka. UMT menerima sampel kosmetik, makanan dan minuman, herba, ubat-ubatan,produk kimia, toksin semulajadi dan lain-lain untuk diuji kandungan kimia atau racunnya. Pihak saudari harus menghubungi UMT sekiranya ingin memastikan samada produk yang hendak diguna mengandungi racun atau tidak. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan mendail 04-653 2191 atau 653 2171.
Sekian
Wassalam
No comments:
Post a Comment